Thursday, June 26, 2008

Ulasan Pengadil Senikata

Tidak keterlaluan saya katakan gambar pencetus berjaya mencungkil gagasan kreatif pendikir. Isi yang diketengahkan pelbagai. Ada yang menggali asal-usul agama yang masih dipraktikkan di beberapa daerah di dunia (animisme). Ada yang mengetengahkan isu membumi seperti persaingan di antara pendikir. Sayang sekali, terdapat segelintir pendikir yang masih menggunakan pentas dikir sebagai gelanggang menikam saudara pendikir yang lain. Jelas, kematangan masih belum lagi berpihak kepada empunya diri.

Di antara naskhah yang diterima, terdapat juga beberapa pendikir yang menimbulkan isu sejagat seperti kemelut yang melanda China. Naskhah ini diangkat sebagai di antara yang terbaik kerana kejayaan penulis menautkan isu negara asing dengan pemasalahan yang mungkin berlaku di SIngapura. Namun, terdapat juga yang mengagungkan wirawati negara asing. Walaupun kajian yang dijalankan agak terperinci, pemilihan wirawati negara asing seolah-olah mencerminkan negara kita sebagai ketandusan wira/wirawati tersendiri. Walhal, kita memiliki Dr Halimah Yaacob sebagai contoh.

Seperkara yang menjadi kegusaran adalah pelawaan daripada penulis naskhah yang mengajak manusia menerima pemesongan seadanya. Penulis, melalui penulisannya, seolah-olah mengajak pendengar mengingkari tegahan ajaran Islam dengan menerima kaum Luth seadanya. Benar, di dalam konteks dunia moden, penyimpangan di dalam memilih haluan hidup sudah menjadi resam. Apa yang menggusarkan adalah penggunaan kalimah Tuhan dan seruan tersebut di dalam naskhah yang sama. Membenarkan yang batil adalah sesuatu yang tidak seharusnya menjadi amalan.

Secara keseluruhannya, terdapat jurang yang amat lebar di antara karya penulis generasi baharu dengan mereka yang sebelumnya. Sayang sekali saya tidak dapat menyebut nama-nama kumpulan yang saya rasakan perlu lebih banyak menimba. Namun, saya bersedia berkongsi dengan sesiapa sahaja yang mahu melalui e-mel zaidy.nandir@gmail.com.

Syabas kepada pemenang-pemenang Penulis Senikata Terbaik. Syabas juga saya kalungkan kepada semua yang berani meneruskan perjuangan di dalam penulisan ini.
Semoga beroleh kejayaan yang diimpikan di dalam Mega Perdana 2008 nanti.


Salam Kopi Halia
Zaidy Nandir

Tuesday, June 24, 2008

Pemarkahan - Layar Citra Dikir 2008


Syabas kepada para pemenang.
Yang gagal, usah berhenti & terhenti
insyallah rezeki menanti...
****************************************************
"Hidup Asli Hidup Contemporary
Hidup Tulen Hidup Tiruan
Yang penting seni ini masih bernadi
untuk tatapan anak-anak masa hadapan..."
****************************************************
Jumpa anda di Layar Citra Dikir 2010... chak~chak~deng~deng~deng

Wednesday, June 18, 2008

Jadual masa pendaftaran + no. kontek wakil kumpulan


Jikalau kumpulan anda mahu membuat pertukaran kod persembahan, sila hubungi wakil kumpulan yang tertera diatas.

Jika kedua-dua pihak setuju, wakil kedua-dua pihak harus menghubungi pihak penganjur untuk dikemaskini.

Tuesday, June 17, 2008

Hadiah-hadiah yg pasti dimenangi - terbaru

Layar Satria
1st – SGD$1200 bersama 20 piala individu
2nd – SGD$800 bersama 20 piala individu
3rd – SGD$600 bersama 20 piala individu
4th – SGD$400 bersama 20 piala individu
5th – SGD$200 bersama 20 piala individu

Layar Srikandi
1st – SGD$600 bersama 20 piala individu
2nd – SGD$400 bersama 20 piala individu
3rd – SGD$200 bersama 20 piala individu

Thursday, June 5, 2008

Penghantaran Senikata + cabutan nombor persembahan

Pengumuman bagi setiap kumpulan:-

Tempat: Siglap South CC
Tarikh: 07-June-2008
Waktu: 3pm - 5pm

1. Siapkan "Tajuk"
2. Lirik lagu Juara sahaja
3. Synopsis yang jelas
4. Enam salinan senikata

Tuesday, May 20, 2008

Pengumuman terkini - Layar Srikandi

Memandangkan sambutan yang luar dugaan bagi kategori Layar Srikandi (8 buah kumpulan), dengan sukacitanya kami mengadakan piala individu khas untuk kaum hawa juga. Jikalau tiada penarikan diri dari mana-mana kumpulan di kategori ini, kami akan memberi piala-piala berikut:-

Juara Terbaik
T. Karut Terbaik
Paluan Terbaik
Awok-awok Terbaik
Keseniaan Terbaik
Senikata Terbaik
Lagu Terbaik

Senarai kumpulan-kumpulan yang hadir.

Kategori Layar Satria
1. Andika
2. Andika@
3. ASWA
4. Ching Ching Ching
5. Chuchu Datuk Merah
6. Dendang Mutiara
7. Durbar 2
8. Hikayat Putera Emas
9. Jebat
10. Keris Mas
11. Makyong Kedek
12. MYK
13. NV2
14. Onjak Sekaki
15. Panjy
16. R.T.T.
17. Rajawali
18. Si Anak Seni
19. T.E.L.P.A.
20. T.N.T.
21. Tumpat
22. ULAN

Kategori Layar Srikandi
1. Balqis
2. Dian
3. Endang
4. Jentayu Sutera
5. Merak Merah
6. Seri Suri Ram
7. Wahana Dek Su
8. Wayan

Kriteria-kriteria Layar Citra Dikir 2008




Senikata

1. Tiada tema diberikan. Penulis harus menganalisasikan gambar yang tertera diatas.

2. Rima pantun mengikut corak patah lagu yang dinyanyikan.

3. Penulis harus menyiapkan hanya lirik lagu Juara & synopsis menerangkan seluruh persembahan yang jelas. Tajuk juga harus diberikan.

4. Markah synopsis akan diberikan.


T. Karut

1. Persembahan T. Karut harus ada kesinambungan dengan persembahan Juara.

2. Harus menyampaikan mesej dengan jelas.

3. Interaksi dan lebihkan eye contact supaya perutusan itu dapat dibentangkan dengan lebih jelas.

4. Walaupun tiada kriteria bagi penghafalan, persembahan T. Karut itu harus berjalan dengan lancar semasa mengupas mesej.

5. Sebutan harus jelas.

6. Kesimpulan bagi mengakhiri persembahan itu penting.

7. Penyampaian Irama Wau Bulan itu juga penting.


Juara

1. Persembahan Juara harus mengikut daya nada masing-masing.

2. Jauhkan dari mengikut identiti Juara-juara yang lain.


Paluan

1. Diberi kelonggaran untuk menggunakan alat-alat tradisional seperti gendang silat, gendang dua muka, seruling, serunai, marwas, kompang etc. Alat bergesel dan accordion juga tidak dibenarkan.
*Penggunaan alat-alat muzik tambahan akan diberikan markah bonus.

2. T. Karut harus menunggu tamatnya persembahan lagu juara sebelum memberikan alat muzik itu kepada Tok Juara.

3. Rebana ibu & anak adalah satu kemestiaan walaupun gendang digunakan.

4. Pemain marakas tidak dibenarkan duduk bersama awok-awok.


Keseniaan

1. Sebarang persembahan yang telah dipersembahkan dibenarkan. Hanya kumpulan harus memperhalusi & cantikkan persembahan mereka.

2. Persembahan terbuka dan versatile mengikut daya kreatif masing-masing.


Awok-awok

1. Suara harmoni dibenarkan.

2. Ragam selang-seli dan pecahan dibenarkan.

3. Kenaikkan lutut juga dibenarkan.

4. Penghafalan adalah penting dan dititkberatkan.

5. Pergerakkan seperti berpusing, tidak dibenarkan.

6. Kumpulan wanita harus duduk bersimpul (ala srikandi).

7. Ikut daya kreatif masing-masing.

8. Tidak digalakkan memainkan sebarang alat muzik.

9. Tepuk bangsal tidak dibenarkan.

10. Head gear yang wajar dibenarkan mengikut corak persembahan.

Monday, May 19, 2008

Syarat-syarat Layar Citra Dikir 2008

*Setiap kumpulan dikenakan yuran penyertaan sebanyak SGD 88 sahaja.
Hari pertandingan adalah 22 June 2008, Ahad.

1. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori.
(i) Layar Satria : Kumpulan lelaki
(ii)Layar Srikandi : Kumpulan wanita

2. Konsep bagi pertandingan ini adalah Dikir Singapura.

3. Setiap kumpulan hendaklah mempunyai anggota tidak kurang dari 15 dan tidak melebihi dari 20 orang.Ini termasuk Juara, Tukang Karut, Pemain-pemain alat muzik dan Awak-awak.

4. Setiap kumpulan harus mengikut aliran lagu-lagu dikir yang akan dipersembahkan bermula dengan lagu juara, karut yengki, karut kelantan, karut patani, karut matang & lagu penutup. Tambahan pada lagu matang diterima.

5. Turut ditegaskan menjadi satu kemestian lagu penutup mengikut rentak Irama Wau Bulan.

6. Ada markah tambahan bagi pembukaan atau intro yang di persembahan.

7. Tiada penggunaan set pentas atau props semasa persembahan mahupun dari awal pembukaan.

8. Lagu ciptaan sendiri bagi lagu juara adalah satu kewajiban. Namun, lagu tersebut tidak akan disenaraikan sebagai lagu ciptaan asli sekiranya pihak penganjur mendapati seni lagu yang dipersembahkan pernah dinyanyikan oleh kumpulan dikir barat setempat atau luar negara.

9. Kelonggaran diberikan bagi memakai samping mengikut kesesuaian pakaian bagi setiap kumpulan.

10. Setiap kumpulan hanya diberi masa 12 minit sahaja. Persembahan yang melebihi masa akan dipotong markahnya seperti berikut:-
· 12:01 min hingga 12:30 min. (potong 05 markah)
· 12:31 min keatas (potong 10 markah)

11. Senikata juga diambil kira jikalau sesebuah kumpulan itu didapati menggunakan senikata yang pernah dipertandingkan atau digunakan oleh luar negara, maka tiada markah akan diberikan dalam pengadilan senikata.

12. 6 salinan senikata harus dihantarkan ke Siglap South CC pada hari Sabtu tarikh 07 Jun 2008 dari pukul 3 hingga ke 5 petang.

13. Cabutan nombor persembahan akan diadakan pada hari penghantaran senikata.

14. Tarikh penutup penyertaan adalah pada hari penghantaran senikata.

15. Pihak penganjur tidak akan mengembalikan yuran penyertaan sekiranya berlaku penarikan diri.

16. Yuran penyertaan boleh dibayar bersama borang penyertaan selewat-lewatnya pada hari penghantaran senikata.

17. Setiap kumpulan harus membeli & menjual 15 tiket dan tiket harus dibayar pada hari pertandingan.

18. Alat rakaman video tidak dibenarkan.

19. Pihak penganjur tidak akan menanggung segala urusan kenderaan, makanan dan minuman para peserta.

20. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan, kehilangan atau apa sahaja insiden yang berlaku semasa menyertai pertandingan ini.

21. Setiap kumpulan harus menghantarkan senarai nama-nama anggota: Tok Juara, Tukang Karut, Pemain-pemain alat muzik dan Awok-awok pada hari pertandingan.

22. Setiap kumpulan mestilah mematuhi setiap syarat yang ditetapkan dalam pertandingan ini.

23. Pihak penganjur berhak menambah atau merubah syarat penyertaan jika perlu.

24. Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan terhadap keputusan daripada perseorangan atau kumpulan tidak akan dilayani.

25. Hadiah-hadiah bagi Layar Citra Dikir 2008:-

(i) Kategori Layar Satria
Tempat Pertama + 20 piala individu + SGD1200
Tempat Kedua + 20 piala individu + SGD800
Tempat Ketiga + 20 piala individu + SGD600
Tempat Keempat + 20 piala individu + SGD400
Tempat Kelima + 20 piala individu + SGD200

(ii) Kategori Layar Srikandi
Tempat Pertama + 20 piala individu + SGD500
Tempat Kedua + 20 piala individu + SGD300
Tempat Ketiga + 20 piala individu + SGD___ (*akan dipertimbangkan)

(iii) Piala Khas individu
Juara Terbaik
T. Karut Terbaik
Paluan Terbaik
Awok-awok Terbaik
Keseniaan Terbaik
Senikata Terbaik
Lagu Terbaik


Jikalau ada pertanyaan, anda boleh mengemel kami di kp90590@gmail.com.

Friday, May 16, 2008

Majlis Taklimat

Tarikh: 17-May-2008
Tempat: Siglap South CC (Conference Room Level 2)
Waktu: 5:00 - 6:30 ptg


*Sila daftar kumpulan anda dahulu di bilik 01-02A.
Harap maklum.